Wednesday, March 18, 2015

S.T.R.O.N.G....(!)

Assalamualaikum...
Seronokkan seminggu ni kan?Lagi-lagi yang tinggal di asrama mesti best dan happy boleh balik ke rumah.Alhamdulillah..
Tapi yang sedihnya,bagi budak SPM seperti saya ni,kena balik awal ke sekolah dan asrama.Memang menyedihkan.Sekarang ni pun tinggal 20 minit je lagi untuk saya pulang ke sekolah.Memnag sedih sangat.Tak pernah bayangkan yang kitorang akan alami benda ni.Tetapi demi nak mencapai 9A+,mesti hadapi semua ni jugak.Abah dan ma selalu beritahu saya yang ni baru sikit.Nanti kalau dapat belajar oversea,InsyaAllah lagi la kuat dugaannya.Kalau sekarang ni,homesick bolehlah parents pergi jumpa.Nanti kat oversea,lagi la susah.Sebulan sekali pun memang susah sangat.

Hari ni dah puas saya menangis sebab homesick.Haih,Ya Allah,kau kuatkanlah hatiku ini.Harap-harap dengan semua pengorbanan yang Sarah lakukan ini akan menyumbangkan kepada sesuatu yang memuaskan iaitu straight A+.Amin

Walaupun ada kekawan kat sekolah,tapi still lagi tak sama kita bergelak ketawa dengan keluarga.Beza yang amat sangat.Ya Allah kau pimpinlah hari-hariku dengan syafaatMu..Amin


No comments:

 
sarahnmmk
©sarahnmmk